Saturday, March 16, 2013

Al Fatihah Dan Takziah Kepada Tok Njang Bakar

Kita sedekahkan Al Fatihah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Sheikh Abu Bakar bin Kassim yang kembali ke Rahmatullah hari ini. 
Kepada seluruh keluarga Allahyarham diucapkan takziah. 
Jenazah Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Mesjid Al Ghufran, Lebuhraya Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai), Alor Setar, Kedah. 

Sama-sama kita kenangkan segala usaha Allahyarham yang bersungguh-sungguh untuk mengeratkan Tali Silatulrahim keluarga melalui kesatuan Keluarga Tok Naidin

Sebagai mengenangkan jasa-jasa Allahyarham, mari kita sama-sama terus menghidupkan dan menyuburkan Tali Silatulrahim keluarga.


Saturday, January 19, 2013

Jemputan Kenduri Kahwin

Saya menerima email dari Prof Dr Fadil Osman untuk memaklumkan kepada seluruh Keluarga Tok Naidin akan hajat beliau untuk mengadakan satu majlis perkhwinan.

Majlis tersebut ialah sempena perkahwinan anak beliau Dr Nor Akmal bin Fadil yang bertugas di UTM, Johor Bahru. Ia akan diadakan di kediaman beliau di No 9 Jalan Kebangsaan 19, Taman Universiti, Johor Bahru pada 2hb Februari 2013 (Sabtu). Beliau dapat dihubungi melalui no telefon 0197133130

Prof Dr Fadil Osman adalah merupakan kaum keluarga dari jurai keturunan Lebai Taha yang berasal dari Lubok Air, Air Hitam, Kedah.


Tuesday, August 28, 2012

Al Fatihah Kepada Allahyarham Zakaria bin Abdullah

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Ya (Zakaria bin Abdullah) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.25 pagi 28 Ogos 2012 di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Allahyarham tinggal di No 16V, Lorong Keriang, Derga, Alor Setar (Belakang Sekolah Sultanah Asma)

AL FATIHAH

Wednesday, August 22, 2012

Perjumpaan Keluarga Disiar dalam BBC Indonesia


Terima kasih kepada Pazil Jaafar kerana berkongsi maklumat ini dalam Facebooknya. Saya perturunkan keseluruhan berita yang disiarkan itu untuk rakaman sejarah dan dibaca oleh generasi seterusnya, 

Ratusan orang hadiri halal bihalal keluarga terbesar di Malaysia

Terbaru  21 Agustus 2012 - 16:57 WIB

Keturunan Tok Nai Din

Sekitar 800 keturunan pendiri Kampung Paya Pahlawan di Alor Setar, Malaysia, berkumpul dalam acara halal bihalal keluarga terbesar untuk merayakan Idul Fitri.
Ratusan sanak saudara ini berasal dari 100 keluarga, mulai dari generasi kelima sampai ke-13, keturunan Tok Nai Din, menurut harian New Straits Times.
Salah seorang kepala keluarga, Syeikh Alauddin Syeikh Abu Bakar yang mengorganisir halal bihalal, mengatakan mereka datang dari berbagai tempat di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Ia mengatakan gagasan untuk menyelenggarakan halal bihalal keluarga ini datang dari ayahnya Datuk Syeikh Abu Bakar tahun 1974 dan sejak itu acara diadakan setiap Idul Fitri.
"Saat itu, undangan dari mulut ke mulut namun sekarang berbeda, dan teknologi sangat membantu kami sehingga kami tetap bisa saling kontak. Jadi undangan dikirim melalui Facebook dan blog," katanya.
"Alhamdulilah, tanggapan yang kami terima sangat menggembirakan dan kami bahkan bisa kontak dengan 1.000 anggota keluarga dari Brasil dan Australia empat tahun lalu," tambahnya.
Tok Nai Din Berasal Dari Thailand
Pertemuan itu sendiri diselenggarakan di satu gedung, sekitar 20 kilometer dari Alor Setar, ibukota Kedah.
Syeikh Alauddin mengatakan yang mereka ketahui tentang Tok Nai Din adalah ia pernah terlibat dalam perang Thailand.
"Yang kami tahu ia berasal dari Thailand tahun 1792 dan makamnya ada di Paya Pahlawan. Ia mungkin terlibat dalam perang Siam tahun 1821," katanya kepada kantor berita AFP, mengacu pada Kerajaan Siam untuk menaklukkan Kedah.
Desa yang pertama kali didirikan itu kini sudah tidak ada lagi dan telah dijadikan peternakan.
Halal bihalal itu adalah yang ke-39 dan sanak keluarga yang hadir termasuk dari Inggris, Amerika Seriakt, Arab Saudi, dan Meksiko.
Biaya untuk makan minum acara keluarga ini menelan sekitar US$1.300 (Rp12,5 juta).


Monday, August 20, 2012

Perjumpaan Keluarga Tahun 2012

Syukur Alhamdulillah, perjumpaan tahun kali ini diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Guru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.
Kaum keluarga Tok Nai Din telah mula mengunjungi Dewan Guru sejak awal pagi lagi dan suasana meriah dengan penuh semangat silatulrahim kekeluargaan dapat dirasakan.

Semasa ucapannya, Pengerusi Keluarga Tok Naidin Shiekh Alauddin Datuk Abu Bakar telah menyeru agar semangat untuk mengujudkan silatulrahim terus disemai di kalangan kaum keluarga kerana ia merupakan Sunnah rasul. Rasulullah S.A.W sendiri telah berusaha untuk menjejak keturunannya sehinggalah sampai kepada Nabi Ibrahim. Jadi tidak ada sebab kita umat Muhammad untuk tidak mahu menjejaki keturunan masing-masing dan dalam keluarga besar ini, ia akan membawa kepada Tok Naidin yang dikatakan telah beredar ke Paya Pahlawan sewaktu perang Siam. Kubur Allahyarham telah berjaya di kesan di Paya Pahlawan beberapa tahun lalu.
Presiden Keluarga Tok Nai din, Syeikh Alauddin bin Datuk Sheikh Abu Bakar


Dalam perhimpunan kali ini Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa Keluarga Tok Naidin sudah pun mencecah generasi ke 13.

Disamping itu majlis telah berbesar hati menerima satu lagi keluarga baru dari keturunan Tok Nai Din yang datang dari Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kepada semua kaum keluarga Tok Naidin adalah diharap akan terus mengeratkan tali silatulrahin keluarga berhubung antara satu sama lain.

Di zaman teknologi ini amat mudah untuk menjejaki kaum keluarga kerana ujudnya aplikasi seperti facebook telah berjaya menghubungkan sesama insan.

Bagi blogger ini sendiri, telah bertemu dengan beberapa rakan facebook semasa hadir di majlis perjumpaan ini setiap tahun.

Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini ialah peraduan mewarna untuk kanak-kanak, pemberian duit raya dan cenderahati kepada warga emas disamping cabutan bertuah.

Tuan rumah perjumpaan kali ini ialah Tn Hj Datuk Azmi bin Hj Jaafar.

Kepada mana-mana ahli keluarga yang telah mengambil foto semasa perhimpunan bolehlah upload atau share gamar masing-masing ke dalam Facebook Keluarga Tok Nai Din sebagai rakaman sejarah keluarga kita.

Sesiapa yang ada akaun Twitter dan blog juga bolehlah menghubungi saya agar kita dapat ujudkan satu generasi siber untuk keluarga kita yang disayangi ini.

Akaun Twitter saya https://twitter.com/zaharibb


Sunday, August 12, 2012

Keluarga Tok Ariffin @ Penghulu Awang

Maklumat ini (termasuk gambar di bawah) saya ambil dari Facebook Keluarga ini untuk mengumpulnya di satu tempat agar memudahkan generasi sekarang dan akan datang mengenali siapa lagi kaum keluarga kita. Untuk melawat Facebook Keluarga ini sila KLIK SINI  

Zul Saad:-

1901: Penghulu Ariffin dilahirkan.


(Dari maklumat yg diberikan oleh Tok Ngah Ahmad) 1924: lawatan Penghulu Ariffin ke England bersama Raja Muda Musa, Raja Said Topi(Perak) dan Tengku sulung. Penghulu Taha ikut sama. Pg Ariffin jadi Translator.. naik kapal laut. jadi masa tu umur dia 23 thn. Dengar kata ada ada gambar (mungkin di jabatan arkib kedah/ negara?)

Yusoff Ismail:-
Zul, Penghulu Ariffin sure bukan lahir tahun 1901 ... mungkin 1870/80n ? Sebab Tokwan Ismail lahir pada tahun itu (1901) & meninggal Ogos 1962. Dulu ada gambar dia bersama anak2 raja semasa di England dekat rumahnya dekat sungai. Mungkin gambar tu Tok Ngah Mat yg simpan. 

Yusoff Ismail:-
Izinkan PJg cerita serba sikit kisah2 lama yg mungkin ada kaum kerabat kita yg tak tau! Mengikut cerita Tokwan Ismail/Ei kpd PJg. Pg Awang dulu kerja kat Istana Raja Perlis. Bila ayahnya (Pg Jusoh/Yusoff) meninggal dia resign & jadi Pg Mukim Gunong. Nama Pjg pun diambil dari situlah.


Tokwan Ei mengaji di Sek Gunong bila sek tu mula dibuka. He was the 1st student (Murid No 1) to register. Masa tu umur dah 16 tahun. Murid2 lain antara 10 -12 tahun saja. Semuanya pupu2 Tokwan belaka. Dia kata "Kalau ayah tak belajar jadi macam kerbau" Bila PJg Std 3 dilantik jadi Class Monitor.. jadi kerap masuk Bilik G.Besar. Peluang lihat buku
Pendaftaran Murid2. Dalam tulisan Jawi nama Tokwan didaftar. Bila pass Std 4 Tokwan terus mengajar di Sek Gunong. Dia juga dipilih utk mengikuti kursus di MPSI (UPSI) Tg Malim, tapi gagal & balik mengajar di sek yg sama. Bila sek di Kubur Panjang dibuka dia ditransfer kesana sampai pencen.


PJg pun bila pass Std 5 G.Besar (Pak Yob) suruh jadi guru. Dia boleh rekomen mengajar di S.Gunong, tapi tak minat. Bila ada cikgu yg dtg lambat/tak hadir PJg kena ajar.. biasanya Std 1 & 2.


Ni cerita kami ke St Michael's. 4 of us (Othman Ariffin, Abdullah Ayob. Ahmad Omar & PJg) were the 1st batch of students frm Sg Baru who joined the school. But I was the only one who completed the Sr Cambridge. Regret the rest couldn't continue due to their exam results. Othman belajar semula di sek M'yu & jadi Guru, Abdullah joined British Army & Ahmad bekerja di kpg.


Whatever it is! Marilah kita sama2 'menghadiahkan" Fatihah &
Qulhuwallah kpd sdr mara kita (terutama ayah & ibu) semoga mereka bersama orang2 yg beriman - InsyaAllah.



Sunday, August 05, 2012

Perjumpaan Keluarga 2012

Saya dimaklumkan bahawa perjumpaan keluarga tahun ini dijangka akan diadakan di Dewan Guru, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Di bawah ialah peta lokasi Dewan Guru.
Tuan rumah ialah Datuk Azmi bin Hj Jaafar.

ALAMAT AJK KELUARGA 2009