Sunday, July 21, 2013

Di Bulan Ramadan Ini Kita Sedekahkan Al Fatihah Kepada Mereka

Kita sudah berada hampir separuh di dalam bulan Ramadan Al Mubarak, dan perjalanan kita untuk mendaki kemuncak sudah semakin hampir. Disamping kita meniti hari untuk sampai ke kemuncak dan kemudiannya turun semula untuk merayakan Aidil Fitri, jangan kita lupa kepada kaum keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita. 

Walaupun nama mereka tidak tersenerai di sini, kita juga sedekahkan Al Fatihah kepada mereka, kerana jasa mereka pastinya besar kepada kita sama ada membesarkan kita, berkorban rezeki mereka untuk kita, menggunakan tulang empat kerat mereka membantu kita mahupun memberikan sokongan moral kepada kita. Hanya Allah yang akan membalas jasa-jasa mereka. 

Apa yang saya post di sini adalah apa yang saya telah post dalam Facebook Keluarga Tok Naidin. Saya minta maaf kerana tidak mendapat info tentang kematian ahli keluarga yang lain. Semoga di masa hadapan harap dapat sampaikan info-info keluarga kepada saya di email zaharibb@gmail.com.


1. Hj. Baharum telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4.45 petang pada 16 April 2013 di Hospital Sultanah Bahiyah. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Mesjid Lubok Air. Al Fatihah.

2. Senarai kehilangan ahli Keluarga kita yang kembali ke Rahmatullah pada tahun 2013 hingga 18 April 2013
02/03/13 - Hjh Zainab
16/03/13 - Datuk Sheikh Bakar Kassim
26/03/13 - Zakiah
06/04/13 - Othman bin Ideris
16/04/13 - Hj Baharum bin Abdullah

Semoga ahli keluarga lain yg ada maklumat tentang kematian ahli keluarga maklumkanlah di sini agar dapat kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada mereka.
AL FATIHAH

No comments:

ALAMAT AJK KELUARGA 2009