Monday, December 15, 2014

Tok Nai Din Dan YM Syarif Abu Bakar Shah

POSTING ADALAH HASIL RAKAMAN PERTEMUAN DENGAN ENCIK OSMAN BIN JAMIL. BELIAU JUGA ADALAH SALAH SEORANG DARI KETURUNAN KELUARGA BESAR TOK NAI DIN. 

Pertemuan ini telah diadakan di Restoran Yusof Nasi Dalca, bersebelahan Hospital Jitra. 
Tok Din adalah seorang yang megah di kawasan Paya Pahawan dan antara kemegahannya ialah mengorek sungai sendiri seta mempunyai pengikut yang ramai. Mungkin atas sebab itu pihak Sukothai berusaha untuk membunuhnya.

Sungai Tok Din adalah merupakan sungai utama di Binjai, Kubang Pasu yang mengambil sempena nama Tok Din. Sungai itu bermula dari Titi Pahana hingga ke Palas. Sungai tersebut dikorek sebagai satu kaedah pertahanan.

Antara tokoh-tokoh terhebat di zaman itu ialah  Tok Panglim Ali dan Panglima Abu Seman yang juga sepupu dengan Tok Nai Din. Mereka berasal dari Singgora yang di zaman Kedah tua adalah sebahagian dari wilayah Kubang Pasu. Wilayah Kubang Pasu meliputi sehingga Songkhla merentasi ke Jawi dan Kayang di Perlis. Kerajaan Kedah tua dikatakan sezaman dengan Kerajaan Majapahit, Sri Vijaya, Angkor, Funan dan Champa. 
Rajah dipetik dari Blog Cikgu Nieda

Mengikut apa yang kami difahamkan oleh Encik Osman Jamil, bapa Tok Nai Din ialah Tok Nai Shim yang merupakan Raja Kubang Pasu di zaman sebelum pemerintahan Tunku Anum di Kubang Pasu. 

Tok Nai Shim yang tinggal di Kunluang Kota, adalah Raja Kubang Pasu Darul Khiyam selama 17 tahun sebelum pemerintahan Tunku Anum, mempunyai dua orang lagi saudara iaitu Tok Nai Teh dan Tok Nai Not. Tok Nai Shim anak kepada Tok Nai Doi. Anak Tok Nai Doi iaitu Pak Mehad tinggal di Asun/Hosba dan Kubor Tok Nai Doi dan Tok Nai Shim juga berada di Asun/Hosba.

Catitan sejarah yang mengatakan Tok Nai Shim tinggal di Hosba tercatat dalam blog Empayar Islam Kedau Tua seperti berikut:

Tengku Aziz anakanda Sultan Abdul Hamid kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda dan peluang ini digunakan untuk merampas tanah-tanah pusaka milik keluarga Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Rampasan tanah-tanah pusaka dari Kepala Batas hingga ke Jitra ini berlaku selepas tahun 1881. Selain dari itu tanah-tanah pusaka milik Sultan Jaafar yang diselia oleh Perdana Menterinya Tengku Kudin, turut dirampas dan sesiapa yang berani menuntut harta tersebut secara jelas adalah waris Sultan Jaafar, sudah pasti akan ditangkap, disiksa dan akhirnya dibunuh. Keluarga Nai Shim dihalau dari menjadi raja dan sekarang ini keluarga mereka kebanyakkannya berada di Hosba. Mereka hingga sekarang ini masih mengingati kisah ini walau pun kejadiannya berlaku lebih 130 tahun yang lalu. 

Dua lagi perenggan berikut saya petik dari blog Empayar Islam Kedah Tua

Megat Manja turut terbunuh dalam serangan Thai tersebut lalu tempat baginda telah digantikan oleh anakanda baginda bernama Nai Doi (seperti tercatit pada batu nesan). Pertabalan ini dilakukan oleh Syed Alang Alauddin (atau Nai Lang) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah di Berahman Indera. Baginda menggantikan tempat ayahanda baginda Sharif Yang Di Pertuan yang turut dibunuh di Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821 itu. Sebelum pada itu, Syed Alang Alauddin ini pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan nama tempat Ban Nai Lang di Thailand yang masih ada sehingga hari ini adalah merujuk kepada nama baginda. 

Kemangkatan Nai Doi sebagai Raja Kubang Pasu telah digantikan oleh anakandanya Nai Shim. Sewaktu Nai Shim menaikki takhta sebagai Raja Kubang Pasu, Syed Alang Alauddin sudah pun mangkat dalam tahun 1862 dan digantikan oleh anakandanya Sultan Jaafar Mudazam Syah sebagai Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Negeri Kedah. - Empayar Islam Kedah Tua


Tok Nai Teh pula telah berhijrah ke kawasan Kuala Nerang dan membuka penempatan di sana 

Tok Nai Not jadi wakil Raja Siam dan apa juga urusan Raja Siam di Kubang Pasu akan diuruskan oleh beliau. Namun ianya tidak dimasukkan dalam Sejarah Kedah Tua. 

Mengikut Encik Osman, jarak antara Singgora dan Binjai ialah 4 hari 4 malam perjalanan dengan menaiki kerbau. Biasanya akan membawa 6 ekor kerbau dan setiap seekor itu akan digilir-gilir menjadi tempat tunggangan.

Permukaan bumi Binjai dulu adalah terdiri daripada paya dan ada 13 buah paya di kawasan tersebut. Pengangkutan utama untuk bergerak ketika itu ialah perahu memandangkan bentuk permukaan bumi yang berpaya itu. Masyarakatnya pula terbahagi kepada dua, satu diseberang sungai yang menjadi masyarakat pondok sementara di sebelah sini menjadi pahlawan. Binjai, Jitra, yang pernah digelar Lembayung Kaabah dan boleh kata ¾ penduduk adalah anak cucu Tok Nai Shim, Raja Kubang Pastr itu.

Berdasarkan salasilah yang saya perolehi dari En Zulkefly Baharom, Tok Nai Din merupakan cicit kepada Syarif Abu Bakar Shah.

Ketika zaman Perang Musuh Bisik, Tentera Sukothai akan serang sesiapa sahaja yang bergelar Tok Nai kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pengikut-pengikut mereka. Tok Nai Din juga termasuk dalam senarai yang dikehendakki oleh Tentera Sukothai.

Tentera Sukothai telah masuk untuk menyerang Kedah ketika itu melalui Kuala Kedah dan tempat pertama yang mereka mendapat tentangan dari Tok Nai Din dan pengikutnya ialah di Alor Ganu. Selepas tidak dapat bertahan di Alor Ganu, mereka berundur pula ke Kota Maeng Kwang (Kota Mengkuang) untuk terus bertahan namun tewas juga dan Tok Nai Din serta pengikutnya berundur ke Paya Pahlawan.

Kubu pertahanan diperbuat oleh batang palas yang disusun kerana batang palas ini boleh menyekat tusukan pedang dan tombak. 

Di kawasan Bustani hotel sekarang yang dulunya pejabat Daerah Kubang Pasu ada sepohon pokok bernama Pokok Jutra. Di pokok itulah dibuat satu peristiharan : Sampai pagi bunuh pagi
Sampai petang bunuh petang. Namun demikian ia telah ditukar kepada Sampai pagi sambut pagi sampai petang sambut petang. Pokok berkenaan sudah tidak ada lagi sekarang.

Siam mengutus Tok Nai Not tetapi mereka tidak tahu Tok Nai Not ni bersaudara dengan Tok Nai Din. 

Ada juga timbul persoalan bagaimana pihak tentera Sukothai mengetahui di mana tempat persembuyian Tok Nai Din. Pembunuhan Tok Nai Din ini adakah kerana maklumat orang dalam? Setelah membaca blog Empayar Islam Kedah Tua, boleh ditemui tentang pengkhianatan orang dalam yang bersubahat dengan Thai ketika itu.

Saya ingin memetik sedikit kisah dari Blog Empayar Islam Benua Siam Kedah:

Untuk maklumat semua, Yang Berhormat Datuk adalah waris dari Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Nai Shim ini adalah cicit kepada Sharif Yang Di Pertuan, Maharaja Kedah yang dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun musuh bisik 1821 dahulu. Sharif Yang Di Pertuan, sepertimana disebut dalam Undang Undang Kedah, muka surat 43 adalah juga Boromoraja Ekataat V dan merupakan Maharaja Benua Islam terakhir Dinasti Ayuthia. Baginda di usir dari Ayuthia berikutan serangan tentera Alaungphaya keatas Ayuthia dalam tahun 1767 lantas menawan Kota itu. Bukti kewujudan Raja Kubang Pasu adalah selari dengan kewujudan Raja Perlis (dulunya Raja Kayang) dimana ia turut menjadi wilayah Kedah seketika dahulu.

Secara ringkasnya salasilah keturunan Nai Shim Raja Kubang Pasu adalah seperti berikut,
Nai Shim ibni Nai Doi ibni ibni Koya Nai Chau Abu atau Megat Manja ibni Sharif Yang Di Pertuan. Dalam bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai ), Nai bermaksud Syed sementara Koya pula bermaksud putera. petikan dari blog EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH. 

7 comments:

Unknown said...

Salam tuan..minta tolong kalau ada salasilah asal usul sebelum tok nai din minta tolong kongsikan..keluarga saya d sebelah ibu ada mmpunyai nama nai...datuk saya mahmud(meninggal thun 1995)bin yasin bin naipo...yg dtg dan membuka kmpung saya namanya tok nai mun dan tok nai mat..adakah mereka dr jurai yg sama dgn tok nai din atau tidak?datuk saya pernah beritahu dulu keluarga mereka lari diburu kerajaan thai...minta tolong tuan

Unknown said...

Salam tuan..minta tolong kalau ada salasilah asal usul sebelum tok nai din minta tolong kongsikan..keluarga saya d sebelah ibu ada mmpunyai nama nai...datuk saya mahmud(meninggal thun 1995)bin yasin bin naipo...yg dtg dan membuka kmpung saya namanya tok nai mun dan tok nai mat..adakah mereka dr jurai yg sama dgn tok nai din atau tidak?datuk saya pernah beritahu dulu keluarga mereka lari diburu kerajaan thai...minta tolong tuan

Anonymous said...

Maaf kerana lewat memberi respons.
Mengikut apa yang saya difahamkan, NAI adalah gelaran yang diberikan kepada individu tertentu yang mempunyai pengaruh dan ada pengikutnya. Atas sebab mereka mempunyai pengaruhlah tentera Sukothai memburu dan membunuh mereka untuk menghilangkan tentangan daripada oramg ramai terhadap kerajaan.

Memang betullah mereka ini diburu oleh tentera Sukothai dan telah berlaku beberapa peperangan di Kota Kuala Kedah, Alor Ganu dan Kota Meng Kwang. Tok Nai Din juga berkubu di Paya Pahlawan dan beliau di bunuh di situ dipercayai kerana maklumat yang diberikan oleh talibarut Siam.

Pada penghujung 2014, kami telah cuba mencari salasilah yang lebih atas daripada Tok Nai Din dan mendapati ia naik sampai ke Sharif Yang Dipertuan

Saya tidak berani nak mengedhkan atau menafikan sama ada mereka dari jurai yang sama kerana ia memerlukan pengkajian yang lebih mendalam. Walau bagaimana pun ada keturunan yang dikatakan sebelum Tok Nai Din berada di Asun, Kedah.

muazroslanblogspot.com said...

Tuan. Mohon pencerahan. Saya syed muaz roslan. Dikatakan mempunyai keturunan syarif abu bakar shah,mohon pencerahan secepat mungkin

muazroslanblogspot.com said...

Tuan. Mohon pencerahan. Saya syed muaz roslan. Dikatakan mempunyai keturunan syarif abu bakar shah,mohon pencerahan secepat mungkin

Anonymous said...

Assalamualaikum Tn Syed Muaz Roslan. Pihak Keluarga Tok Nai Din tidak mempunyai rekod salasilah yang membawa kepada Syarif Yang Dipertuan. Apa yang kami dimaklumkan bahawa jurai keturunan kami membawa kepada beliau tetapi belum dapat disahkan. Tn Syed boleh cuba hubungi En Zul Baha di FB beliau https://www.facebook.com/zulkefly.baharom Mungkin beliau dapat memberikan sedikit pencerahan.

Tuan Syed juga perlu merujuk kepada salasilah keluarga kerana ia boleh membantu. Wassallam

Unknown said...

Asalamaualaikum....
Saya masih dalam kajian tentang waris keturunan Megat Manja @ Nai Chau Abu Kasim, Nai Shim dan Nai Doi,, tidak dapat diungkap jurai/wasilah/salasilah yang sebenarnya kerana kita tidak dapat menghurai satu persatu kerana waris yang lebih atas dari kita semuanya sudah tiada. Walaubagaimana pun sedikit sebanyak temyramah dan bualan yang kita lakukan ada juga hasilnya... Untuk mengetahui susurgalur yang sahih kita tidak dapat dengan 100%..

ALAMAT AJK KELUARGA 2009